Senarai barang MyKasih RM200 untuk tahun 2025 telah dikemas kini bagi memudahkan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membuat pembelian barangan keperluan harian dengan lebih teratur. Melalui program ini, penerima bantuan boleh menebus pelbagai barangan asas seperti makanan kering, barangan dapur, serta produk segar di pasar raya terpilih seluruh Malaysia menggunakan kredit bulanan yang disalurkan menerusi sistem MyKasih.
Antara barangan yang termasuk dalam senarai ini ialah barangan asas Rahmah, item terpilih di bawah kategori SARA 2025, dan pelbagai jenis makanan yang boleh dibeli menggunakan bantuan RM200. Ramai pengguna turut mencari senarai barangan MyKasih yang sah dan dikemas kini bagi memudahkan proses pembelian.
Panduan ini akan membantu anda menyemak barangan yang dibenarkan, termasuk senarai mengikut jenis pasar raya, kategori barang yang diluluskan, serta maklumat penting untuk memastikan pembelian dibuat mengikut syarat yang ditetapkan.
Jumlah Bayaran MyKasih 2025
Bermula 1 April 2025, jumlah bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui sistem MyKasih telah dinaikkan kepada RM200 sebulan bagi kategori tertentu. Bantuan ini disalurkan setiap bulan terus ke MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan yang termasuk dalam list barang mykasih yang dibenarkan.
Berikut ialah pecahan jumlah kelayakan dan kadar bayaran mengikut kategori penerima:
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?Klik Untuk Sertai WhatsApp
| Kategori Penerima | Jumlah Penerima | Jumlah Kelayakan SARA 2025 | Bayaran Jan–Mac 2025 | Bayaran Apr–Dis 2025 |
|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah (STR & eKasih) | – | RM2,100 | RM100 | RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | 0.7 Juta | RM1,650 | RM100 | RM150 |
| Bujang (STR & eKasih) | – | RM600 | RM50 | RM50 |
| Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM900 | – | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | 4.7 Juta | RM450 | – | RM50 |
Secara keseluruhan, seramai 5.4 juta penerima akan menerima bayaran SARA bermula April 2025. Kadar bantuan dinaikkan sebanyak RM50 sebulan untuk kategori tertentu bagi membantu kos sara hidup rakyat Malaysia.
Senarai Barang MyKasih Boleh Dibeli Guna Bantuan SARA 2025
Penerima bantuan MyKasih boleh membeli pelbagai barangan asas di kedai yang menerima program ini. Senarai barangan meliputi kategori seperti makanan, minuman, bahan perasa, dan barangan kesihatan.
1. Beras
- Jasmine
- Jati
- Super 5
- Ketupat
- Royal Umbrella
- Rambutan
- Saga
- Bernas
- Faiza
- Carnation
2. Roti
- Massimo
- Mighty White
- Gardenia
3. Telur
- CP
- QL Eggs
- Nutri Plus
4. Minyak Masak
- Seri Murni
- Saji
- Buruh
- Alif
- Daisy
- Knife
- Vesawit
5. Tepung
- Sauh
- Lili
- Faiza
- Blue Key
- Cap Ros
6. Biskut
- Munchy’s
- Julie’s
- Tiger
- KERK
- Chips More
- Kraft Foods
- Hwa Tai
- Jacob
- Hup Seng
7. Mi Segera
- Indo Mie
- Mamee
- Mie Sedap
- Eka
- Maggi
- Cintan
8. Minuman
- BOH
- Fernleaf
- Horlicks
- Dutch Lady
- Nescafe
- Quaker
- Milo
- F&N
- Marigold
- Vico
9. Makanan Dalam Tin
- TC BOY
- Adabi
- Kimball
- Ayam Brand
- Yeo’s
- King Cup
10. Bahan Perasa
- Puteri
- Planta
- Life
- Kimball
- CSR
- Jalen
- Tamin
- Faiza
- Maggi
- Habhal’s
11. Produk Kesihatan
- Colgate
- Kotex
- Dettol
12. Ubat-Ubatan
- Prospan
- Hurix’s
- Sterimar
- Panadol
- Difflam
13. Barangan Sekolah
- Stabilo
- Steadler
- Bata
- Faber Castell
- Canggih
14. Barangan Kebersihan (TERBARU)
- Sabun pinggan
- Sabun / serbuk pencuci pakaian
- Pencuci lantai
Bagaimana Menggunakan Bantuan MyKasih?
Penerima bantuan MyKasih hanya perlu menunjukkan MyKad di kaunter pembayaran bagi menikmati bantuan ini. Baki yang tersedia akan ditolak terus daripada jumlah pembelian barangan yang diluluskan dalam senarai.
Semakan Baki MyKasih
Penerima boleh menyemak baki bantuan MyKasih melalui kaedah berikut:
- Lawati portal rasmi MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Gunakan aplikasi MyKasih di telefon pintar
- Minta penyata baki di kedai rakan niaga MyKasih
Senarai Kedai MyKasih di Malaysia
Berikut ialah pautan rasmi untuk senarai penuh pasar raya, kedai runcit dan premis terpilih yang menyokong pembayaran bantuan SARA melalui MyKad, mengikut negeri masing-masing:
Kesimpulan
Program MyKasih 2025 memberi manfaat besar kepada penerima untuk membeli keperluan asas tanpa tekanan kewangan.
Senarai barang MyKasih membantu penerima membuat perancangan belanja dengan lebih baik.bantuan kerajaan Semak jenis barangan dan jenama sebelum membeli untuk memastikan bantuan digunakan dengan optimum


