STR Login 2025: Semakan Status LULUS atau GAGAL Kini Dibuka

STR Login 2025 kini dibuka untuk semakan status permohonan secara online melalui portal rasmi MySTR. Anda boleh mengetahui sama ada permohonan anda berstatus LULUS, TIDAK LULUS atau DLM PROSES. Artikel ini akan membantu anda memahami cara membuat semakan dengan mudah, maksud setiap status yang dipaparkan, serta langkah yang perlu diambil jika permohonan anda ditolak.

Kami juga akan terangkan secara lengkap cara login ke mystr.gov.my, pautan rasmi bantuan tunai hasil, proses rayuan STR, maksud status tidak lulus, senarai dokumen sokongan yang diperlukan, dan tarikh bayaran bagi STR Fasa 3. Pastikan anda baca hingga akhir untuk elakkan sebarang kesilapan semasa semakan..

Portal Rasmi Semakan STR 2025

Semakan hanya boleh dibuat melalui laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Sila login menggunakan:

  • No MyKad (12 digit tanpa ‘-’)
  • Katalaluan yang didaftarkan semasa permohonan
  • MyDigital ID (jika diminta untuk pengesahan tambahan)

Panduan penuh login dan troubleshooting boleh dirujuk dalam artikel ini:
Bantuantunai.hasil.gov.my Login

3 Jenis Status STR 2025 & Maksudnya

  • LULUS: Permohonan anda diterima. Akan terima bayaran ikut jadual.
  • TIDAK LULUS: Anda boleh buat rayuan. Sila semak alasan.
  • DALAM PROSES: Masih disemak oleh LHDN. Tunggu pengesahan lanjut.

Jika status anda tidak lulus, baca segera panduan ini:
Rayuan STR 2025: Cara Mohon & Dokumen Diperlukan

Semakan Status Fasa Bayaran STR

STR 2025 dibayar secara berperingkat dalam beberapa fasa. Selepas semakan, anda boleh rujuk status bayaran dalam akaun anda seperti berikut:

  • Fasa 1 – Januari 2025
  • Fasa 2 – April 2025
  • Fasa 3 – Julai 2025 (Akan dikemaskini)
  • Fasa 4 – November 2025 (Akan dikemaskini)

Artikel khas mengenai jadual bayaran akan dikemaskini di:
STR Fasa 3 2025

Apa Perlu Buat Jika Tak Boleh Login?

Masalah login paling biasa:

  • Lupa katalaluan → Klik “Terlupa Katalaluan” dan reset melalui OTP
  • No MyKad salah → Pastikan tanpa ‘-’
  • Diminta sahkan MyDigital ID → Rujuk artikel berkaitan

Soalan Lazim (FAQ) Semakan STR

  • Saya tak pernah mohon, boleh terus semak?
    Jawapan: Tidak. Anda perlu mohon terlebih dahulu di portal MySTR.
  • Rayuan saya belum lulus, perlu semak status juga?
    Ya. Status akan bertukar automatik selepas rayuan diluluskan.
  • Semakan boleh guna MyKad?
    MyKad digunakan semasa login. Tiada semakan melalui kiosk fizikal atau mesin ATM.

Maklumat Tambahan & Pautan Berkaitan

Untuk info lebih lanjut, sila rujuk artikel berkaitan:

  • Rayuan STR 2025
  • Cara Login Portal STR
  • STR Fasa 3: Tarikh & Kategori Bayaran

Leave a Comment