Rayuan STR 2025 kini dibuka bagi pemohon yang tidak lulus permohonan awal. Dalam artikel ini, kami akan jelaskan maksud status tidak lulus STR, senarai kod gagal yang dikeluarkan secara rasmi, serta panduan lengkap untuk membuat rayuan secara dalam talian atau manual melalui portal MySTR.
Sekiranya permohonan STR 2025 anda ditolak, jangan panik. Anda masih berpeluang mengemukakan rayuan. Antara sebab utama kegagalan termasuk pendapatan melebihi syarat, maklumat anak tidak lengkap, atau status perkahwinan tidak sah. Kami sertakan juga senarai penuh kod alasan serta dokumen sokongan yang perlu disediakan untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Apakah Maksud Tidak Lulus STR?
Status “Tidak Lulus” bermaksud permohonan anda tidak memenuhi syarat kelayakan, atau ada ralat maklumat seperti pendapatan, status perkahwinan, dan maklumat anak.
Semak status ini di akaun MySTR anda untuk lihat kod alasan penolakan yang diberikan. Ia akan membantu anda faham kenapa permohonan gagal dan apa perlu dikemukakan untuk rayuan.
Kod Alasan STR Tidak Lulus & Maksud
| Kod | Alasan |
|---|---|
| 05 | Maklumat pasangan memerlukan pengesahan |
| 06 | Pemohon tidak layak sebagai bujang |
| 07 | Anak tidak layak (umur/status pelajar) |
| 08 | Pendapatan isi rumah melebihi syarat |
| 09 | Pendapatan individu bujang melebihi RM2,500 |
| 10 | Anak mempunyai pendapatan |
Cara Semak Status Permohonan STR
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR
- Klik “Semakan Status”
Jika status tidak lulus dipaparkan, semak kod penolakan dan sediakan dokumen sokongan yang betul sebelum mohon rayuan. Sistem APDM untuk pelajar
Rujuk juga: Semakan Bantuan JKM Online
Sistem APDM untuk pelajar
Cara Buat Rayuan STR 2025
Ada dua kaedah: secara online dan manual.
1. Rayuan Online (MySTR)
- Log masuk ke MySTR
- Pilih “Permohonan Rayuan”
- Kemaskini maklumat yang betul
- Muat naik dokumen sokongan
- Hantar dan simpan bukti penghantaran
2. Rayuan Manual (Kaunter LHDNM)
- Datang ke pejabat LHDNM
- Isi borang rayuan
- Lampirkan salinan dokumen sokongan
- Serah terus di kaunter
Senarai Dokumen Sokongan Mengikut Kod
| Kod | Dokumen Sokongan |
|---|---|
| 05 | Sijil kahwin, IC pasangan |
| 06 | Pengesahan status bujang (IC sahaja) |
| 07 | Sijil kelahiran anak, surat pelajar |
| 08 / 09 | Slip gaji, penyata pendapatan |
| 10 | Surat anak tiada pendapatan tetap |
Tempoh Rayuan STR 2025
Tempoh rasmi rayuan biasanya bermula beberapa hari selepas keputusan diumumkan dan dibuka selama 2 minggu sahaja. Sila pastikan anda mohon dalam tempoh ini.
Semakan Status Rayuan STR
- Portal MySTR: Semak di menu “Semakan Rayuan”
- Hotline STR: 1-800-88-2747
- Pejabat LHDNM: Hadir ke cawangan terdekat
Jika rayuan STR anda telah diluluskan, anda akan mula menerima bayaran bermula daripada Fasa 3. Semak tarikh, jumlah dan cara semakan status di artikel ini:
STR Fasa 3: Bila Duit Masuk & Berapa Anda Dapat?
FAQ Rayuan STR
1. Bila boleh mohon rayuan STR?
Rayuan dibuka selepas keputusan diumumkan dan hanya dalam tempoh 2 minggu.
2. Apa kod paling biasa menyebabkan STR gagal?
Biasanya berkaitan pendapatan (kod 08/09) atau maklumat anak tidak lengkap (kod 07).
3. Adakah rayuan STR perlu dibuat setiap tahun?
Jika anda lulus tahun ini, tiada perlu rayuan. Tapi jika gagal, ya — rayuan perlu dibuat segera.
Rumusan
Rayuan STR 2025 adalah peluang kedua untuk mereka yang permohonan ditolak. Fahami sebab kegagalan, kumpulkan dokumen, dan buat rayuan sama ada secara online atau manual. Jangan lepaskan bantuan ini – semak status anda hari ini dan bertindak segera!