Semak MyKasih 2025 sangat penting untuk individu yang layak menerima bantuan bulanan daripada kerajaan. Program MyKasih kini menjadi saluran rasmi untuk pengagihan bantuan SARA di bawah Belanjawan 2025, dengan semua transaksi dilakukan menggunakan cip MyKad tanpa tunai atau eWallet biasa.
Ramai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tidak menyedari bahawa mereka tersenarai secara automatik untuk menerima bantuan tambahan melalui MyKasih. Jika anda termasuk dalam kategori isi rumah, bujang, atau warga emas, semakan status bantuan ini adalah langkah wajib agar tidak terlepas bayaran bulanan yang sepatutnya diterima.
Siapa Yang Layak Terima Bantuan MyKasih?
Bantuan ini disasarkan kepada penerima STR 2025 yang memenuhi kriteria berikut:
- Tersenarai dalam eKasih sebagai miskin atau miskin tegar (Penerima Sedia Ada)
- Penerima baharu STR yang belum dalam eKasih tetapi layak (Penerima Baharu)
- Kategori: Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan
Cara Semak MyKasih Secara Online
Anda boleh semak status bantuan MyKasih dengan dua kaedah utama:
- Portal Rasmi MyKasih: www.mykasih.com.my
- Portal Rasmi STR: bantuantunai.hasil.gov.my
Untuk panduan lengkap, rujuk artikel ini: Cara Semak SARA MyKasih
Langkah Semak Status Bantuan MyKasih
- Buka laman www.mykasih.com.my
- Klik “Semak Status”
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sengkang)
- Isikan kod keselamatan captcha dan klik SEMAK
- Status akan dipaparkan seperti “Lulus Bantuan SARA MyKasih” jika anda layak
Jumlah Bantuan MyKasih Mengikut Kategori
Bantuan disalurkan secara bulanan ke dalam sistem MyKad dan boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas sahaja.
| Kategori Penerima | Status | Jumlah Bantuan Bulanan | Tempoh |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah | eKasih | RM200 | April – Disember |
| Isi Rumah | Bukan eKasih | RM100 | April – Disember |
| Warga Emas Tiada Pasangan | eKasih | RM150 | April – Disember |
| Warga Emas Tiada Pasangan | Bukan eKasih | RM50 | April – Disember |
| Bujang | eKasih | RM50 | Januari – Disember |
Barang Yang Boleh Dibeli Guna MyKad
Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan yang telah diluluskan di kedai runcit dan pasar raya yang menyertai MyKasih.
Lihat senarai penuh di sini: Senarai Barang MyKasih
- Beras, minyak masak, telur, roti
- Sabun, pencuci pakaian, ubat gigi
- Peralatan sekolah dan ubat-ubatan asas
Tarikh Pengkreditan Bantuan MyKasih
Bantuan dikreditkan secara bulanan, sama ada bermula Januari atau April, bergantung kepada status penerima. Jika anda lulus STR Fasa 1 dan berada dalam eKasih, bantuan akan dimulakan seawal Januari.
Rujuk juga info terkini di: STR Fasa 3 2025
Rumusan
Semakan MyKasih 2025 adalah langkah penting untuk pastikan anda tidak terlepas bantuan SARA yang diberikan kerajaan setiap bulan. Gunakan MyKad anda dengan betul, semak kelayakan secara berkala, dan pastikan maklumat STR dan eKasih sentiasa dikemaskini.